Sunday 26 April 2009

Kenali Pengerusi Desa Kolej kita


Encik Baharin bin Rejab, KMN -merupakan anak jati N.Sembilan, berasal dari Kampung Sekolah, Batu 8, Labu, Seremban. Beliau dilahirkan pada tahun 1954, anak sulong dari 4 beradik.
Beliau dilantik menerajui Persatuan Desa Kolej berkuatkuasa Februari 2009. Dengan latarbelakang masakini sebagai seorang Peguam(conveyencing & litigation - civil and criminal), dan bekas Pegawai Kanan PDRM yang dilatih di FBI Academy, Quantico, Virginia, USA, beliau dengan berani menyahut permintaan dan cabaran menjadi Pengerusi Desa Kolej ini. Ciri-ciri unggul seorang pemimpin dimiliki oleh beliau. Ditambah pula sifat dan sikap beliau yang sentiasa terbuka untuk mendengar kemelut dan isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat keliling. Pengalaman beliau cukup luas.
Sehingga kini, kita telahpun dapat menikmati banyak kemajuan di bawah pimpinan beliau termasuklah taman perumahan yang bersih dan cantik surutan dari aktiviti gotong-royong; tiada lagi masalah anjing liar; mempunyai blog yang boleh dikunjungi untuk maklumat terkini; AJK mempunyai uniform yang segak dipandang dan menjadi kebanggaan kita semua; jalinan hubungan yang baik dengan persatuan penduduk yang lain di Nilai; reputasi yang baik dengan pihak polis, MPN, exco kerajaan Negeri dan sebagainya. Difahamkan para AJK di bawah pimpinan beliau sedang giat dalam proses untuk mendapatkan surau serta dewan orangramai, juga meningkatkan keselamatan penduduk melalui Rakan COP serta gated-community yang dijanjikan oleh pemaju. Diharapkan akan lebih banyak lagi kemajuan dan kebaikan yang akan dinikmati oleh penduduk Desa Kolej.
Oleh itu, kenalilah Pengerusi kita dan berilah sokongan untuk kebaikan kita semua.
Nama Penuh : Baharin bin Rejab
Profession : Peguam (Conveyencing & Litigation - Civil & Criminal)
No. Telefon : 019-2123143
Di minggu seterusnya, Moderator akan memperkenalkan AJK yang lain pula. Ini adalah satu usaha untuk kita lebih kenal-mengenali agar kemesraan dalam kejiranan akan sentiasa utuh.

CADANGAN NO. RUMAH & JALAN YANG BARU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua,

Sila beri cadangan nama apa yang sesuai untuk kita gantikan Nombor Rumah (atau PT) serta Jalan yang sedia ada di kawasan Desa Kolej kita ini. Nombor rumah yang ada sekarang terlalu panjang, sampai LIMA ANGKA!, manakala nama jalan tidak teratur dan kurang berprestij dan nilai komersialnya.

Sila beri pandangan anda sebelum AJK Persatuan membuat keputusan muktamad kira-kira DUA MINGGU lagi. Kempen tandatangan baru-baru ini akan digunakan sebagai autoriti untuk pelaksanaan penukaran Nombor Rumah dan Jalan di Desa Kolej kita.

Cadangan-cadangan yang telah diterima :
No. Rumah : No. 1 hingga 20 (bilangan max unit dlm satu blok). Contohnya : No. 1/2 untuk Rumah pertama dalam blok yang kedua untuk sesuatu Jalan. Jalan sekarang ni ada beberapa blok rumah.
Nama Jalan : menggunakan nama-nama bercorak keilmuan selaras dengan bandar Putra Nilai sebagai 'City of Knowledge'
Jalan 1 - Laman Arena
Jalan 2 - Laman Bistari
Jalan 3 - Laman Ceria
Jalan 4 - Laman Damai
Jalan 5 - Laman Ilham
Jalan 6 - Laman Intelek
Jalan 7 - Laman Harapan
Jalan 8 - Laman Pendita
Jalan 9 - Laman Gemilang
Jalan 10 - Laman Cemerlang
Jalan 11 - Laman Teknologi

Sila beri komen anda serta cadangan. Terimakasih.

Program RAKAN COP & Rukun Tetangga

Program Rukun Tetangga :

Semakan semula program Rukun Tetangga telah dibuat. Program RT akan diketepikan kerana masalah penyelenggaraan dan komitmen yang tinggi yang diperlukan dari semua penduduk. Banyak masalah sering timbul berdasarkan pengalaman KRT yang lain - tidak fisibal untuk kita laksanakan di kawasan kita.

Program Rakan COP :

Sebagai sebahagian dari program RAKAN COP, kita akan memperkenalkan penggunaan car sticker untuk pengecaman kenderaan yang keluar-masuk di Desa Kolej. Dari maklumat polis, ramai penjenayah yang menyamar mencari seseorang, atau lagak seorang eksekutif bebas berkeliaran mencari mangsa termasuk di siang hari. Sila berhati-hati, dan dalam masa yang sama kita teruskan usaha pencegahan. Catitkan nombor kenderaan yang disyaki dan hubungi Koperal Idris, di Balai Polis Nilai JIKA anda terserempak, ternampak atau mengesyaki mereka. Jangan bertindak sendirian kerana mereka bersenjata dan membahayakan.

Sila BERWASPADA sepanjang masa, terutama kepada suri-rumah termasuk di siang hari.

Berilah sokongan apabila CAR STICKER dilancarkan untuk semua penduduk. Ini adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan kita juga.

Pengerusi

UNTUK BLOG 'FOLLOWERS'

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Terimakasih kerana berminat untuk menjadi 'Follower' kepada blog DESAKOLEJ ini. Sila ambil perhatian bahawa blog ini bertujuan untuk mendapat input serta maklumbalas dari penduduk mahupun orang luar untuk meningkatkan antara lain, keselesaan, kesejahteraan dan keharmonian kawasan perumahan kita yang tercinta. Ia bertindak sebagai 'laman' komunikasi dan interaksi yang sihat memandangkan agak sukar untuk kita semua bersua-muka untuk mengemukakan pendapat atau berbicara tentang kemudahan, perkhidmatan, kebajikan dan kesejahteraan penduduk.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan blog ini dengan menjadi 'follower' jika matlamat anda kurang sesuai dengan matlamat kami atau meninggalkan 'komen' yang tidak sihat atau relevan. Kerjasama anda amat kami hargai. TERIMA KASIH.

Khusus untuk anda di sana-bhg1

Atas permintaan ramai, anda boleh download gambar yang anda nak dari sini.

ORANG KUAT PERSATUAN

PART 2 - Nadi penggerak Persatuan Desa Kolej kita

AJK Persatuan berpakaian seragam, lengkap dengan topi...



















Terimakasih kerana bersama2 merealisasikan aktiviti gotong royong yang pertama kali dibuat di kawasan kita. Syabas semua....

KENANGAN WAKTU GOTONG ROYONG

Apa yang ditunggu2 dah pun dapat ditunaikan. Terimakasih kerana sabar menanti untuk melihat gambar2 semasa kita bergotong royong pada 18hb April lalu.

PART 1 - Sekitar Penyampaian Hadiah Laman Tercantik

Saturday 11 April 2009

GOTONG ROYONG - 18hb April 2009

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
Jangan lupa untuk bersama-sama menjayakan aktiviti kita yang pertama di Desa Kolej ini. Sambil kita berkenal-kenalan, kita indahkan kawasan kita.

Waktu berkumpul jam 7.30 pagi di Padang Permainan Desa Kolej. JUMPA ANDA DI SANA.

4P FOKUS UTAMA PERSATUAN

Sebagai Pengerusi saya merasakan penduduk DK perlulah bersatu tanpa mengira batas etnik, bahasa,agama dan kefahaman dengan matlamat untuk menjadikan kawasan perumahan ini sebagai contoh, berprestij dan elit memandangkan kita semua terdiri daripada orang berpendidikan tinggi dan profesional.

Bagi mencapai matlamat ini kita perlu mengambil pendekatan 4P yang merangkumi:
1. Perhubungan(communication);
2. Penggembelingan(coordination);
3. Pelaksanaan(implementation) dan
4. Perkongsian(sharing).

"Perhubungan" bermaksud kita perlu saling kenal mengenali satu sama lain(know your neighbours) samada melalui interaksi face to face atau menggunakan media teknologi(telefon, SMS, email, blog dsb), "Penggembelingan" bermaksud kita bersama-sama berpadu tenaga dan pemikiran menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada, " Pelaksanaan" ialah selepas segala halangan mental dan fizikal diketepikan/disingkirkan, kita gabungkan kesemua idea/kebolehan serta bakat lalu kita sama-sama lakukan sesuatu untuk kebajikan masyarakat setempat, dan hasil terakhir ialah"Perkongsian" bermaksud kesemua kita mendapat faedah daripada 3P di atas. Di dalam konteks ini AJK Persatuan adalah berperanan sebagai jentera pelaksana dan bertanggungjawab kepada ahli-ahli. Insya Allah melalui pendekatan ini isu-isu utama di hadapan kita akan dapat diatasi-Baharin b. Rejab.