Friday 26 February 2010

Facebook Persatuan

Untuk makluman semua, kita dah ada facebook...boleh la facebooking sesiapa yang berminat.

PERSATUAN PENDUDUK DESA KOLEJ .... carilah dalam facebook.

Email : desakolej.info@gmail.com

Pengumpulan Data Penduduk

Salam & Selamat Sejahtera semua....

Persatuan Penduduk kini dalam proses mengumpulkan maklumat setiap isirumah di taman Desa Kolej. Maklumat ini penting untuk memantau kependudukan dan keselamatan penduduk semua. Ia juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan di samping mengetahui status setiap rumah untuk memudahkan proses pemantauan terutamanya jika berlaku sesuatu perkara.

Oleh itu, saya meminta setiap warga Desa Kolej samada pemilik atau penyewa rumah, agar mengisi borang Maklumat Penduduk yang boleh didapati dari mana-mana AJK di jalan masing-masing. Jika ada sebarang masalah, sila berhubung terus dengan :

En. Mustafa TIMBALAN PENGERUSI, Tel : 019-3376757 (Jalan 6)

En. Yusof SETIAUSAHA, Tel : 013-3801050 (Jalan 9)

En. Khairul BENDAHARI, Tel: 019-3133913 (Jalan 1)

Kita berharap agar sebelum April 2010, pengumpulan maklumat ini akan lengkap.

Terimakasih di atas sokongan semua.


Pengerusi

Masalah Sampah

Saya pasti majoriti kita sangat 'sakit hati' dan 'sakit mata' dengan masalah sampah di taman perumahan kita yang tercinta ini.

Semasa ketiadaan students iaitu semasa mereka bercuti panjang, taman kita bersih dan tiada pandangan yang menjelekkan. Adakah mereka yang menyebabkan pencemaran di tempat kita? Papantanda yang diletak di banyak tempat 'KEEP OUR GARDEN CLEAN" serta "JAGA KEBERSIHAN TAMAN KITA" telah dirosakkan dan seolah-olah tidak menyukai permintaan yang baik ini.

Saya menyeru kepada pengunjung2 setia blog Desa Kolej ini, yang juga penduduk taman ini, sila beri komen dan cadangan bagaimana kita dapat atasi masalah ini. Isu ini akan juga dibawa ke mesyuarat agong pada 6hb MAC ini.

Marilah kita berganding tangan untuk menjaga ketenteraman dan kebersihan taman kita.

Terima kasih.

Mesyuarat Agong ke-2 Persatuan Penduduk DK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Desa Kolej yang ke-2 akan diadakan pada :

HARI & TARIKH : SABTU 6hb Mac 2010

TEMPAT : Padang Permainan Desa Kolej

MASA : 9.00 pagi

Jamuan ringan disediakan.

Kedatangan semua amatlah dialu-alukan. Sila hebahkan maklumat ini pada semua.


Pengerusi