Satu lagi aktiviti anjuran Persatuan Penduduk Desa Kolej....Pada hari Sabtu 8hb.Ogos, 2009 yang akan berlansung di Padang Permainan DK antara jam 10.00pagi-10.00mlm.Aktiviti utama ialah
- jualan barang terpakai (treasure on sale),
- permainan moden gaya kampong("the unforgetable down the lane games"),
- riang ria kanak-kanak(Kid talentime with baloons),
- persembahan antarabangsa(cross cultural performance) dan
- gerai makanan.
Untuk mendapatkan crowd kita akan edarkan risalah sebagai hebahan kepada Persatuan-persatuan Penduduk yang berjiran, MPN(staff),PDRM(anggota melalui KPB), Penghulu kampong dan JKKK serta students di Universiti berdekatan kita melalui President to Students' Representative Council.
Kordinator kepada aktiviti ini ialah :
- Pn. Fauziah 012-3405639
- Sdr. Safwan 019-6108639
- Syahimi 012-2249153
Kami AJK akan pergi rumah kerumah mengedarkan risalah/flyer di DK ini sambil mengumpulkan barang-barang di rumah kita antaranya kain baju,buku,alat-alat dapur dll, masih lagi ada harga cuma kita sudah tidak mahu lagi menggunakannya. Barang-barang itu akan dijual dengan harga RM5.00, RM10.00 dan seterusnya. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung DK bagi membiayai aktiviti lain di masa-masa hadapan.
Saya mengharapkan semua penduduk DK akan memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif mulai sekarang.Insya Allah. PENGERUSI.