Sunday, 20 December 2009

Aktiviti Suku Akhir Tahun 2009 - Jamuan Hari Raya

Suasana di sekitar Jamuan Hari Raya & Deepavali 2009, bertempat di Padang Permainan Desa Kolej pada 18hb Okt 2009 mulai jam 9.00 pagi - 2.00 ptg.

Juadah yg disediakan : lemang; ketupat daun kelapa (dianyam sendiri oleh AJK2 dan isteri); dodol; sate; kek khas untuk jamuan Raya ni; rendang ayam dan daging; beehoon; biskut2 raya sumbangan penduduk; minuman panas dan sejuk; dan macam2 lagi ....

Sambutan begitu meriah, semua makanan habisssss....hingga last minit ada yang top-up dengan goreng pisang dan keropok lekor, pun habisss...


kaum2 ibu yang dedikasi ...terimakasih....oopss!! Khairul pun ada sama la ...


seronok juga duduk macam ni, macam kenduri kan? kan?


Pengerusi melayan tetamu, Koperal Idris & isteri. Turut sama En. Yakub.


Sudut kaum bapa Desa Kolej....hehehe...


sebahagian dari juadah jamuan, konsep terbuka...siap dgn lagu raya sekali tau...


Terimakasih kepada semua yang telah menjayakan sambutan ini....


Aktiviti Suku Akhir Tahun ini - Persiapan Raya 18 Okt 09

GOTONG ROYONG MENYAMBUT RAYA

Malam sebelum Jamuan Raya, ramai la anak2 muda yg turun ke padang membantu bakar lemang, rebus ketupat dan kacau dodol. Memang syok!!! Tahun depan nak buat lagi ker?

Resepi lemang dan dodol diimport dari Kuala Pilah, ketupat pula dari Pengerusi sendiri.

Sodap!! Meriah!!!







Gambar paling atas : anak2 muda begitu rajin dan hebat mengacau dodol sampai pukul 3.00 pagi!
Gambar tengah : Wow bro...dah masak kotupek kito!!
Gambar bawah : Lomang dah hampir masak, kotuk sikit2 bagi isi eh padat. Atuk den posan macam tu la...

Lagi gambar2 sepanjang malam tu ....





Tahun Baru Azam Baru Semangat Baru

Assalamualaikum semua,

Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 kepada semua muslimin dan muslimat, dan SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2010 kepada semua warga Desa Kolej.

Saya menyeru kepada semua penghuni taman Desa Kolej untuk meningkatkan komitmen anda kepada Persatuan Desa Kolej kerana kita menetap di sini, jadi anda adalah sebahagian dari komuniti kita ini. Apa jua yang kita ketengahkan, adalah untuk kebaikan kita bersama.

Saya ingin menyeru kepada semua penduduk Desa Kolej samada pemilik rumah, ataupun penyewa agar kita turut sama bantu-menbantu, tegur-menegur, nasihat-menasihati dalam perkara-perkara asas dan penting untuk menangani masalah berkaitan:-

1. KEBERSIHAN TAMAN PERUMAHAN KITA - pastikan sekurang-kurangnya kawasan di sekeliling rumah anda BEBAS dari semua jenis sampah.

2. KEHARMONIAN - hormati jiran tetangga, kawal nada suara, peka terhadap sensitiviti jiran sekeliling.

Saya juga menyeru agar semua penduduk berkenal-kenalan dengan semua AJK persatuan untuk memudahkan anda menyalurkan maklumat dan pandangan yang boleh meningkatkan 'ummphh!' taman kita. (Sila lihat senarai AJK di panel kanan blog ini)

Kepada semua AJK, tingkatkan kommitmen dan mainkan peranan anda dengan sebaik mungkin kerana kita telah diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk menerajui taman Desa Kolej ini. Kita adalah harapan penduduk lain.

Sekian. Wasallam.

Pengerusi DK