Sunday 20 December 2009

Tahun Baru Azam Baru Semangat Baru

Assalamualaikum semua,

Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 kepada semua muslimin dan muslimat, dan SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2010 kepada semua warga Desa Kolej.

Saya menyeru kepada semua penghuni taman Desa Kolej untuk meningkatkan komitmen anda kepada Persatuan Desa Kolej kerana kita menetap di sini, jadi anda adalah sebahagian dari komuniti kita ini. Apa jua yang kita ketengahkan, adalah untuk kebaikan kita bersama.

Saya ingin menyeru kepada semua penduduk Desa Kolej samada pemilik rumah, ataupun penyewa agar kita turut sama bantu-menbantu, tegur-menegur, nasihat-menasihati dalam perkara-perkara asas dan penting untuk menangani masalah berkaitan:-

1. KEBERSIHAN TAMAN PERUMAHAN KITA - pastikan sekurang-kurangnya kawasan di sekeliling rumah anda BEBAS dari semua jenis sampah.

2. KEHARMONIAN - hormati jiran tetangga, kawal nada suara, peka terhadap sensitiviti jiran sekeliling.

Saya juga menyeru agar semua penduduk berkenal-kenalan dengan semua AJK persatuan untuk memudahkan anda menyalurkan maklumat dan pandangan yang boleh meningkatkan 'ummphh!' taman kita. (Sila lihat senarai AJK di panel kanan blog ini)

Kepada semua AJK, tingkatkan kommitmen dan mainkan peranan anda dengan sebaik mungkin kerana kita telah diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk menerajui taman Desa Kolej ini. Kita adalah harapan penduduk lain.

Sekian. Wasallam.

Pengerusi DK

No comments:

Post a Comment