Saturday, 4 July 2009

CAR STICKER - wajib untuk semua kereta penduduk

Kenapa perlu car sticker?

1. untuk membezakan kereta penduduk dari orang luar.
2. untuk memudahkan pihak Persatuan, Polis dan badan bertindak lain memantau kereta yang keluar masuk ke kawasan kita.
3. untuk membantu mengurangkan jenayah pecah rumah yang semakin meningkat kini.
4. untuk mengenalpasti kereta yang mencurigakan yang pastinya tanpa sticker persatuan penduduk DK.
5. untuk tujuan bantuan walau di mana kita berada - untuk meminta bantuan ataupun membantu jiran ketika memerlukan.
6. untuk memupuk semangat kejiranan dan mengambil berat dengan mengenali kerta-kereta jiran kita.

Oleh itu, setiap penduduk dinasihatkan agar mendapatkan car sticker untuk setiap kenderaan dimiliki agar kita dapat memantau gejala-gejala yang tidak diingini dan kita dapat memupuk semangat 'kekitaan' di dalam komuniti Desa Kolej.

Pelekat kereta penduduk Desa Kolej telahpun siap dan sedia untuk diedarkan. Hari yang telah ditetapkan oleh Persatuan Penduduk DK ialah pada 8hb Ogos 2009, semasa Karnival Garage Sales, jam 10.00 pagi ke 7.00 ptg. Ahli persatuan, sila dapatkan sticker percuma anda dari AJK yang bertugas pada hari tersebut. Setiap car sticker dijual dengan harga RM5.00 sekeping untuk penduduk lain.

3 comments:

  1. Saya sokong 100%. Cost? takpelah bayar sikit untuk safety and kebaikan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera !

    Saya baru mengetahui tentang kewujudan pelaksanaan sticker ni...bagaimana saya boleh mendapatkannya....

    Sekian terima kasih.

    -Ijal PT22007-

    ReplyDelete
  3. Sdr Ijal boleh dapatkan car sticker dari En. Khairul 019-3133913 atau En. Yusof 013-3801050.

    Sdr Zaini, terimakasih di atas sokongan yg diberi.

    ReplyDelete