Kepada semua pengguna padang permainan Desa Kolej,
Kebelakangan ini, semakin ramai penduduk yang menggunakan padang ini untuk pelbagai aktiviti riadah. Ini suatu perkara yang sihat dan kami AJK amat bangga di atas perkembangan ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang kita perlu ambil perhatian, dan kami meminta anda semua supaya berkerjasama dan sama-sama membantu kami. Tumpuan utama kita :-
1. Kebersihan padang.
- Tegurlah sesiapa sahaja yang anda nampak membuang sampah/bekas makanan/ minuman/ dsb ketika berada di padang.
- Kutip sampah sambil anda beriadah agar padang kita bebas dari sampah sepanjang masa.
- jagalah juga kebersihan longkang di sekeliling padang agar sedap mata memandang.
2. Peralatan permainan.
- jangan benarkan orang dewasa (umur > 15 tahun, berat > 30kg) menggunakan alat permainan kanak-kanak kerana peralatan hanya direkabentuk untuk menampung berat kanak-kanak di bawah 12 tahun sahaja.
3. motosikal dan basikal.
- mengikut undang2 MPN, sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan padang. Sila tinggalkan motor/ basikal di luar kawasan padang.
- motosikal terutamanya, adalah salah satu punca yang merosakkan struktur tanah, rumput serta jogging trek.
TERIMAKASIH DI ATAS KERJASAMA DAN KEPERIHATINAN ANDA.
No comments:
Post a Comment