Saturday 9 May 2009

Kebersihan Kawasan Kita

Salam dari Pengerusi DK untuk semua ............

Saya menyeru agar kita semua bersama-sama menjaga kebersihan kawasan DK khususnya di sepanjang jalan masuk utama. Terdapat botol2 air, kertas2 tisu, bekas bungkusan dsb dicampak merata2. Kita baru sahaja lakukan gotong royong membersihkan kawasan.. letih penduduk yang inginkan kawasan DK bersih belum hilang lagi. Diharap semua dapat memberi kerjasama dalam menjadikan taman DK bersih dan indah.

Marilah kita sama2 bertanggungjawab menjaga kawasan perumahan kita ini. Matlamat kita .... menjadikan Desa Kolej kawasan kediaman elit yang berprestij. Sudah pasti kita mahukan kawasan kita bersih. Jangan hannya harapkan MPN membersihkan sampah sarap yang kita sendiri sepahkan. Kebersihan bermula dari kita sendiri.

Saya juga ingin mengucapkan TERIMAKSIH kepada segelintir penduduk yang betul2 perihatin terhadap kebersihan. Satu contoh yang baik, ada joggers (En. Salman dan ada seorang lagi wanita India) yang memungut bekas2 plastik, botol, dsb di padang permainan sambil berjogging. Semangat beginilah yang kita mahu pada setiap penduduk. Diharap lebih ramai lagi sukarelawan yang tampil seperti ini.

Saya menyeru sekali lagi, marilah kita bersama2 menjaga kebersihan kawasan kita. Terimakasih.

Baharin Rejab
Pengerusi

No comments:

Post a Comment