Perkembangan Projek Surau Al-Hidayah Desa Kolej(.)
Tapak yang diperuntukkan telah pun sempurna di gazetkan oleh Pejabat Tanah Seremban dan diluluskan oleh Jabatan Agama Negeri Sembilan dalam sari dua ini selepas sekian lama menunggu. Saya pun tak tahu di mana silapnya!!
AJK Surau akan bermesyuarat pada malam ini jam 9.00 14.5.2009 untuk memutuskan dan memilih rupa bentuk dan lay-out nya. Pihak Jabatan Agama Islam N/S juga telah meminta pihak kita mengisi satu borang khas untuk dimajukan ke Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan keewangan. Saya telah tegaskan setiap AJAK yang telah diberi tugas secara spesifik hendaklah bersedia setiap masa untuk korbankan masa peribadi (maksud saya mesti ada personal commitment ) kerana projek ini telah lama tertangguh.
Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan impian untuk mendapat surau kita sendiri. Biarlah ianya berharga mahal sedikit kerana kita pentingkan kualiti supaya ia boleh dibanggakan kelak sebagai "landmark" di taman kita ini bukannya seperti bangunan yang tak sudah(macam bangunan pisang sesikat aje) sebaliknya sebagai suatu mercu tanda yang bakal menjadi sebutan bukan sahaja oleh kita semua malah pengunjung-pengunjung dan anak cucu kita.Insya Allah.
Mengenai jumlah kutipan wang derma yang terkumpul setakat ini lebih kurang RM35,000.00. Wang itu akan terus tersimpan di dalam akaun khusus untuk itu dan hanya akan digunakan untuk penyelengaraan, saraan dan perbelanjaan contigency sahaja sehingga kita ada kekuatan sendiri-PENGERUSI.
Thursday, 14 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah dan terima kasih dengan penjelasan yg telah di berikan oleh Pengerusi.
ReplyDeleteBagi penduduk yang tiada kemudahan internet,bagaimana kah pihak AJK surau dapat menyampaikan maklumat terkini pada penduduk Desa Kolej?