Saturday, 4 July 2009

CAR STICKER - wajib untuk semua kereta penduduk

Kenapa perlu car sticker?

1. untuk membezakan kereta penduduk dari orang luar.
2. untuk memudahkan pihak Persatuan, Polis dan badan bertindak lain memantau kereta yang keluar masuk ke kawasan kita.
3. untuk membantu mengurangkan jenayah pecah rumah yang semakin meningkat kini.
4. untuk mengenalpasti kereta yang mencurigakan yang pastinya tanpa sticker persatuan penduduk DK.
5. untuk tujuan bantuan walau di mana kita berada - untuk meminta bantuan ataupun membantu jiran ketika memerlukan.
6. untuk memupuk semangat kejiranan dan mengambil berat dengan mengenali kerta-kereta jiran kita.

Oleh itu, setiap penduduk dinasihatkan agar mendapatkan car sticker untuk setiap kenderaan dimiliki agar kita dapat memantau gejala-gejala yang tidak diingini dan kita dapat memupuk semangat 'kekitaan' di dalam komuniti Desa Kolej.

Pelekat kereta penduduk Desa Kolej telahpun siap dan sedia untuk diedarkan. Hari yang telah ditetapkan oleh Persatuan Penduduk DK ialah pada 8hb Ogos 2009, semasa Karnival Garage Sales, jam 10.00 pagi ke 7.00 ptg. Ahli persatuan, sila dapatkan sticker percuma anda dari AJK yang bertugas pada hari tersebut. Setiap car sticker dijual dengan harga RM5.00 sekeping untuk penduduk lain.

TAMAN PERMAINAN (PADANG)


Kepada semua pengguna padang permainan Desa Kolej,

Kebelakangan ini, semakin ramai penduduk yang menggunakan padang ini untuk pelbagai aktiviti riadah. Ini suatu perkara yang sihat dan kami AJK amat bangga di atas perkembangan ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang kita perlu ambil perhatian, dan kami meminta anda semua supaya berkerjasama dan sama-sama membantu kami. Tumpuan utama kita :-

1. Kebersihan padang.

- Tegurlah sesiapa sahaja yang anda nampak membuang sampah/bekas makanan/ minuman/ dsb ketika berada di padang.

- Kutip sampah sambil anda beriadah agar padang kita bebas dari sampah sepanjang masa.
- jagalah juga kebersihan longkang di sekeliling padang agar sedap mata memandang.

2. Peralatan permainan.

- jangan benarkan orang dewasa (umur > 15 tahun, berat > 30kg) menggunakan alat permainan kanak-kanak kerana peralatan hanya direkabentuk untuk menampung berat kanak-kanak di bawah 12 tahun sahaja.

3. motosikal dan basikal.

- mengikut undang2 MPN, sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan padang. Sila tinggalkan motor/ basikal di luar kawasan padang.

- motosikal terutamanya, adalah salah satu punca yang merosakkan struktur tanah, rumput serta jogging trek.


TERIMAKASIH DI ATAS KERJASAMA DAN KEPERIHATINAN ANDA.

Karnival Garage Sale

Satu lagi aktiviti anjuran Persatuan Penduduk Desa Kolej....

Pada hari Sabtu 8hb.Ogos, 2009 yang akan berlansung di Padang Permainan DK antara jam 10.00pagi-10.00mlm.Aktiviti utama ialah

  • jualan barang terpakai (treasure on sale),
  • permainan moden gaya kampong("the unforgetable down the lane games"),
  • riang ria kanak-kanak(Kid talentime with baloons),
  • persembahan antarabangsa(cross cultural performance) dan
  • gerai makanan.
Matlamat utama interaksi berterusan sesama penduduk melalui lebih banyak aktiviti serta menambah tabungan PDK serta penglibatan warga antara bangsa dalam semua aktiviti kita dengan cara itu apa jua masalah yang melibatkan mereka dapat diselesaikan secara kemesraan dan efektif.Kita perlu terima kenyataan bahawa mereka itu adalah sebahagian dari kita.

Untuk mendapatkan crowd kita akan edarkan risalah sebagai hebahan kepada Persatuan-persatuan Penduduk yang berjiran, MPN(staff),PDRM(anggota melalui KPB), Penghulu kampong dan JKKK serta students di Universiti berdekatan kita melalui President to Students' Representative Council.

Kordinator kepada aktiviti ini ialah :
  • Pn. Fauziah 012-3405639
  • Sdr. Safwan 019-6108639
  • Syahimi 012-2249153

Kami AJK akan pergi rumah kerumah mengedarkan risalah/flyer di DK ini sambil mengumpulkan barang-barang di rumah kita antaranya kain baju,buku,alat-alat dapur dll, masih lagi ada harga cuma kita sudah tidak mahu lagi menggunakannya. Barang-barang itu akan dijual dengan harga RM5.00, RM10.00 dan seterusnya. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung DK bagi membiayai aktiviti lain di masa-masa hadapan.

Saya mengharapkan semua penduduk DK akan memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif mulai sekarang.Insya Allah. PENGERUSI.