Saturday, 11 April 2009

4P FOKUS UTAMA PERSATUAN

Sebagai Pengerusi saya merasakan penduduk DK perlulah bersatu tanpa mengira batas etnik, bahasa,agama dan kefahaman dengan matlamat untuk menjadikan kawasan perumahan ini sebagai contoh, berprestij dan elit memandangkan kita semua terdiri daripada orang berpendidikan tinggi dan profesional.

Bagi mencapai matlamat ini kita perlu mengambil pendekatan 4P yang merangkumi:
1. Perhubungan(communication);
2. Penggembelingan(coordination);
3. Pelaksanaan(implementation) dan
4. Perkongsian(sharing).

"Perhubungan" bermaksud kita perlu saling kenal mengenali satu sama lain(know your neighbours) samada melalui interaksi face to face atau menggunakan media teknologi(telefon, SMS, email, blog dsb), "Penggembelingan" bermaksud kita bersama-sama berpadu tenaga dan pemikiran menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada, " Pelaksanaan" ialah selepas segala halangan mental dan fizikal diketepikan/disingkirkan, kita gabungkan kesemua idea/kebolehan serta bakat lalu kita sama-sama lakukan sesuatu untuk kebajikan masyarakat setempat, dan hasil terakhir ialah"Perkongsian" bermaksud kesemua kita mendapat faedah daripada 3P di atas. Di dalam konteks ini AJK Persatuan adalah berperanan sebagai jentera pelaksana dan bertanggungjawab kepada ahli-ahli. Insya Allah melalui pendekatan ini isu-isu utama di hadapan kita akan dapat diatasi-Baharin b. Rejab.

7 comments:

  1. Tahniaah kepada Pengerusi di atas usaha mengujudkan blog ini,

    ReplyDelete
  2. saya LT fazli TLDM penduduk desa kolej..saya rasa masalah anjing liar perlu ditangani

    ReplyDelete
  3. saya juga bersetuju dengan cadangan LT fazli TLDM tersebut..masalah anjing liar juga mengerunkan penduduk DK..keselamatan diri tidak terjamin..saya harap persatuan penduduk DK dapat mengambil tindakan sewajarnya!!

    ReplyDelete
  4. Anjing2 liar yang lama telahpun ditangkap dlm 1-2 minggu lalu dgn kerjasama MPN. Jika masih ada lagi anjing yang berkeliaran, itu adalah yg baru 'muncul' peninggalan pekerja2 asing dari luar negera atau bekas pelajar institusi berdekatan. Ada nampak lagi ker? Sila maklumkan di blog ini jika masih kelihatan anjing2 yang berkeliaran, ok.

    Terimakasih di atas input & keprihatinan semua.

    ReplyDelete
  5. salam buat semua..

    saya Faizal dr Jalan 7,
    Pertama skali.. tahniah buat pengerusi & barisan AJK kerana berjaya mewujudkan laman blog ini. Dengan adanya blog ini juga diharap dapat menjadi medium perantara di antara penduduk dan barisan AJK serta Pengerusi amnya.

    Disini saya juga ingin memohon ampun sekiranya sebelum ini saya kurang menyertai aktiviti2 yang dianjurkan oleh persatuan. Tetapi insya-allah jika ada kelapangan saya akan cuba juga untuk menyertai aktiviti ini di masa akan datang.

    Semoga blog ini akan kerap dikemaskini seadanya bagi memudahkan para pengunjung mengikuti perkembangan terbaru kelak.

    Sekian.

    p/s: sedikit cadangan jika tak keberatan menerimanya, rasanya elok jika diadakan ruangan berbual di muka utama bg memudahkan pengunjung mengutarakan sebarang cadangan / komen / pertanyaan.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa pembinaan surau patut di jalankan segera tanpa kelulusan dari pihak tertentu.Kerana ada penduduk yg sudah melangsaikan wang derma sebanyak seribu ringgit tapi tapak surau tidak kelihatan.
    Jangan biarkan penduduk merasa sangsi tentang pembinaan surau di taman kita.Tidak ada pihak yg akan merobohkan rumah ibadat.
    Jika pembinaan di jalankan,saya rasa ramai lagi hamba Allah yg tampil untuk menderma lagi.
    Insyaallah.

    Di harap AJK surau dapat memberi komen dan juga dapat memberitahu penduduk berapa jumlah wang derma terkumpul setakat ini.
    Sekian.
    Terima kasih
    Yusof pt 22307 jalan 3

    ReplyDelete
  7. Saya Zulkifli Sheerat dari PT21879 Jalan Kolej 8 mencadangkan agar mengadakan pengadang jalan di Jalan 8 kerana ada kereta dan lori yang dibawa agak laju.

    ReplyDelete