Sunday 26 April 2009

CADANGAN NO. RUMAH & JALAN YANG BARU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua,

Sila beri cadangan nama apa yang sesuai untuk kita gantikan Nombor Rumah (atau PT) serta Jalan yang sedia ada di kawasan Desa Kolej kita ini. Nombor rumah yang ada sekarang terlalu panjang, sampai LIMA ANGKA!, manakala nama jalan tidak teratur dan kurang berprestij dan nilai komersialnya.

Sila beri pandangan anda sebelum AJK Persatuan membuat keputusan muktamad kira-kira DUA MINGGU lagi. Kempen tandatangan baru-baru ini akan digunakan sebagai autoriti untuk pelaksanaan penukaran Nombor Rumah dan Jalan di Desa Kolej kita.

Cadangan-cadangan yang telah diterima :
No. Rumah : No. 1 hingga 20 (bilangan max unit dlm satu blok). Contohnya : No. 1/2 untuk Rumah pertama dalam blok yang kedua untuk sesuatu Jalan. Jalan sekarang ni ada beberapa blok rumah.
Nama Jalan : menggunakan nama-nama bercorak keilmuan selaras dengan bandar Putra Nilai sebagai 'City of Knowledge'
Jalan 1 - Laman Arena
Jalan 2 - Laman Bistari
Jalan 3 - Laman Ceria
Jalan 4 - Laman Damai
Jalan 5 - Laman Ilham
Jalan 6 - Laman Intelek
Jalan 7 - Laman Harapan
Jalan 8 - Laman Pendita
Jalan 9 - Laman Gemilang
Jalan 10 - Laman Cemerlang
Jalan 11 - Laman Teknologi

Sila beri komen anda serta cadangan. Terimakasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Salam dari Khartoum, Sudan.

    Nama saya Afiz Afandy B Mohamad Arrif beralamat di PT 21950, Jalan 7. Untuk pengetahuan, kami sekeluarga baru saja berpindah & bermaustautin di Sudan sejak pertengahan March 2009. Insya Allah, kami akan pulang ke Malaysia & ke rumah paling kurang setahun sekali.

    Berkenaan dengan no. rumah,saya cadangan supaya kita gunakan no. lot yang mana telah diberikan oleh pemaju seperti di dalam master plan. Lot no. rumah saya 109.

    Saya juga mencadangkan supaya nama jalan tak diubah. Kita boleh meletakkan nama jalan yang baru di dalam kurungan. Sebagai contoh, Jalan 7 (Laman Harapan).

    Ini untuk mengelakan kekeliruan kepada pihak pihak tertentu seperti Pos Malaysia, TNB, Jabatan Bekalan Air dan sebagainya

    Wassalam

    ReplyDelete