Encik Baharin bin Rejab, KMN -merupakan anak jati N.Sembilan, berasal dari Kampung Sekolah, Batu 8, Labu, Seremban. Beliau dilahirkan pada tahun 1954, anak sulong dari 4 beradik.
Beliau dilantik menerajui Persatuan Desa Kolej berkuatkuasa Februari 2009. Dengan latarbelakang masakini sebagai seorang Peguam(conveyencing & litigation - civil and criminal), dan bekas Pegawai Kanan PDRM yang dilatih di FBI Academy, Quantico, Virginia, USA, beliau dengan berani menyahut permintaan dan cabaran menjadi Pengerusi Desa Kolej ini. Ciri-ciri unggul seorang pemimpin dimiliki oleh beliau. Ditambah pula sifat dan sikap beliau yang sentiasa terbuka untuk mendengar kemelut dan isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat keliling. Pengalaman beliau cukup luas.
Sehingga kini, kita telahpun dapat menikmati banyak kemajuan di bawah pimpinan beliau termasuklah taman perumahan yang bersih dan cantik surutan dari aktiviti gotong-royong; tiada lagi masalah anjing liar; mempunyai blog yang boleh dikunjungi untuk maklumat terkini; AJK mempunyai uniform yang segak dipandang dan menjadi kebanggaan kita semua; jalinan hubungan yang baik dengan persatuan penduduk yang lain di Nilai; reputasi yang baik dengan pihak polis, MPN, exco kerajaan Negeri dan sebagainya. Difahamkan para AJK di bawah pimpinan beliau sedang giat dalam proses untuk mendapatkan surau serta dewan orangramai, juga meningkatkan keselamatan penduduk melalui Rakan COP serta gated-community yang dijanjikan oleh pemaju. Diharapkan akan lebih banyak lagi kemajuan dan kebaikan yang akan dinikmati oleh penduduk Desa Kolej.
Oleh itu, kenalilah Pengerusi kita dan berilah sokongan untuk kebaikan kita semua.
Nama Penuh : Baharin bin Rejab
Profession : Peguam (Conveyencing & Litigation - Civil & Criminal)
No. Telefon : 019-2123143
Email : baharinrejab@yahoo.com
Di minggu seterusnya, Moderator akan memperkenalkan AJK yang lain pula. Ini adalah satu usaha untuk kita lebih kenal-mengenali agar kemesraan dalam kejiranan akan sentiasa utuh.
No comments:
Post a Comment